Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (juga dikenali sebagai Piagam PBB) ialah perjanjian asas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebuah pertubuhan antara kerajaan.[1] Ia menubuhkan tujuan, struktur pentadbiran, dan keseluhan rangka kerja sistem PBB, termasuk enam alat pentingnya: Sekretariat, Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan, Majlis Ekonomi dan Sosial, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, dan Majlis Peramanahan.Piagam PBB memberikan mandat bahawa PBB dan negara anggotanya mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, mendukung undang-undang antarabangsa, mencapai "taraf hidup tinggi" untuk rakyatnya, mengutarakan "masalah ekonomi, sosial, kesihatan, dan masalah berkaitan", dan menggalakkan "rasa hormat sejagat untuk, dan pematuhan, hak asasi manusia dan kebebasan asas untuk semua tanpa pembezaan terhadap kaum, jantina, bahasa, atau agama."[2][3] Sebagai piagam dan perjanjian unsur, peraturan dan kewajipannya mengikat pada semua anggota dan menggantikannya daripada perjanjian yang lain.[1][4]Semasa Perang Dunia Kedua, kuasa Berikat, dikenali secara rasmi sebagai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bersetuju atas keperluan menubuhkan pertubuhan antarabangsa pascaperang yang baru.[5] Menurut matlamat ini, Piagam PBB telah dibincang, disediakan, dan didrafkan semasa Persidangan San Francisco yang bermula pada 25 April 1945, yang melibatkan kebanyakan negara berdaulat di dunia.[6] Berikutan kelulusan dua pertiga daripada setiap bahagian, teks terakhir diterima pakai sebulat suara oleh para utusan dan dibuka untuk tandatangan pada 26 Jun 1945;[7][8] ia telah ditandatangani di Peringatan Perang San Francisco dan Pusat Seni Pentas di San Francisco, Amerika Syarikat, oleh 50 daripada 51 negara anggota asal.[7][Note 1]Piagam tersebut mula berkuat kuasa pada 24 Oktober 1945, berikutan ratifikasi oleh lima anggota kekal asal Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatuβ€”China,[Note 2] Perancis,[Note 3] Kesatuan Soviet,[Note 4] United Kingdom, dan Amerika Syarikatβ€”dan majoriti penandatangan yang lain. Selepas itu, 24 Oktober kemudian diisytiharkan sebagai Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[9] Perhimpunan Agung PBB yang pertama, mewakili 51 anggota asal, dibuka di London pada Januari yang berikutnya. Pada ulang tahun kermpat penguatkuasaan Piagam, batu sudut diletakkan untuk ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sekarang di Bandar Raya New York. Dengan 193 pihak, kebanyakan negara di dunia kini telah mengesahkan Piagam tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu http://www.undemocracy.com/A-RES-168(II) http://www.geschichte-menschenrechte.de/schluessel... http://legal.un.org/avl/ha/cun/cun.html http://legal.un.org/avl/historicarchives.html http://legal.un.org/avl/ls/Rosenboom_LT.html http://treaties.un.org/Pages/ViewDetails.aspx?src=... http://treaties.un.org/Pages/ViewDetails.aspx?src=... http://treaties.un.org/doc/Publication/CTC/unchart... http://www.unhcr.org/refworld/topic,499d17822,459d... https://www.history.com/this-day-in-history/u-n-ch...